PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Selasa, 25 September 2012

Assalammualaikum. Saya dengan ini menjemput anda semua ke majlis pembukaan gelanggang baru di Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor pada 28.09.12 jam 9.00 malam. Terutama kepada semua ahli di bawah Pertubuhan Seni Silat Pencak gayong Kifalah  Malaysia tidak kira gelanggang mana sekalipun. Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis tersebut. Wassalam....

Isnin, 24 September 2012

 
Pembukaan Gelanggang Baru Di SMK Raja Chulan, Ipoh pada 22 hb September 2012
 
 
Bersama Cikgu Kamal, Guru Penyelaras Kelab Silat SMK Raja Chulan

 
Selepas menjalani sesi suai kenal, latihan memanaskan badan dan mempelajari asas, para ahli baru sedang asyik menyaksikan demo tangan kosong oleh Jurulatih Fakar dan Firdaus.
 
Syukur Alhamdulillah, pada hari pertama pendaftaran dan latihan seramai 35 orang telah mendaftar. Menurut cikgu Kamal ahli mungkin akan mencecah 50 hingga 60 orang pada bulan Januari nanti , ini kerana pada hujung tahun ini ramai pelajar sedang melakukan persiapan untuk mewakili sekolah dalam pelbagai acara yang lain.
Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Semoga kelab ini terus maju jaya. Amin.....

Selasa, 3 Julai 2012

Majlis Perasmian Gelanggang Baru Di Kg Redang Ponggor, Chenderong Balai

Para ibu bapa yang baru nak daftar anak-anak mereka

Saudara Ebi sibuk menolong di gerai senjata

Y.B. Dato' Tajudin Ahli Parlimen Sg Manik sedang beramah mesra dengan penduduk

Seorang makcik tengah dok belek apa tah tuuuuuu

Ucapan pendahuluan oleh Ketua Kampung

Ucapan oleh Datuk Mahaguru

Ucapan perassmian oleh Y.B. Dato' Tajudin


Cenderahati untuk kenang-kenangan
Para hadirin tengah syok meyaksikan persembahan

Barisan Anak Gayung Kifalah







Mari ramai-ramai pecah genting. Satu acara yang meendapat sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton





Bergambar kenangan....
Alhamdulillah.... Perancangan untuk pembukaan gelanggang baru bagi bulan Jun 2012 dah selesai semuanya. InsyaAllah selepas ini akan diadakan di daerah yang lain pulak... Kepada Saudara Fadhil dan semua jurulatih yang bersusah payah bersama-sama merancang, menyusun dan menjayakan empat program tersebut saya ucapan TAHNIAH dan Terima Kasih. Kerana tanpa anda semua program ini tidak akan berjaya.

Mara Terus Mara,
Kerana Kami Anak Gayong Kifalah..........................

Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Baru Di Sek Tasek pada 23 hb Jun 2012 jam 10.00 pg.

Persembahan oleh adik Aiman Zawawy dan Aiman Safri

Saudara Fadhil tempur dengan Saudara Firdaus

 Adik farhan tempur dengan Saudara Fakar


pertempuran dua beradik. Antara Ferdaus dan adiknya Ida

Lompatan Anak Harimau

Mahaguru bersama pemint cilik





Ibu bapa pesilat yang rela menunngu dari awal hingga akhir


Kepada semua yang terlibat, diucapkan terima kasih banyak. Gelanggang ini di uruskan oleh Jurulatih Ferdaus, semoga ramai anak muridnya. Amin............................

Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Baru Di Seksyen 2 dn 6 Sri Iskandar pada 16 hb Jun 2012 jam 3.00 ptg.

Majlis ini dirasmikan oleh Y.B. Dato' Nasaruddin ADUN Sri Iskandar.

Datuk Mahaguru bersama Y.B. Dato' Nasaruddin serta Encik Asman Ahmad Pengerusi Belia 4B sedang berbual sebelum acara dimulakan.

Ucapan oleh Datuk Mahaguru

Bergambar kenangan bersama-sama pesilat

Sesi menjamu selera




Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada Y.B. Dato' Nasaruddin yang akan menaja seramai 200 orang pesilat di kawasan tersebut.

Gelanggang sedia ada di Seksyen 6 telah mempunyai seramai 20 orang ahli. Semoga dengan perasmian gelanggang baru ini akan bertambah lagi ahli silat

Jumpa lagi semua................................

Isnin, 2 Julai 2012

Laporan Akhbar mengenai Majlis Pembukaan dan Perasmian Gelanggang Baru Di Kg Bahagia Sg Manik

                                                Terbaik.....................................................





Alhamdulillah...

Majlis Pembukaan Dan Perasmian Gelanggang Baru Di Kg. Bahagia, Sungai Manik, Perak (16 hb Jun 2012 jam 0900 Pagi)

Bismillahhirrohmanirrohim...

Assalammualaikum....

Datuk Mahaguru Shamsudin Ismail sedang memberikan ucapan

Ucapan Perasmian oleh Y.B. Dato' Zainol Fadzi Bin Hj Paharudin

Sebahagian koleksi senjata dipamerkan

Jualan T-shirt, buku dan silibus

Jualan Cincin, minyak urut, coklat dan kek

Aanak-anak Gayong Kifalah sedang mengaminkan bacaan doa

Dato' Zainol ceria menerima cenderahati

Persembahan beramai-ramai

Tempur tangan kosong oleh Iskandar dan Aiman

'Post' beramai-ramai

Dato' kata " ni kena simpan 1 kat umah ni "

Para penonton mengunjungi gerai bersama Y.B. Dato' Zainol.

Kepada Y.B. Dato Zainol, saya mewakili Pertubuhan serta Perguruan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir merasmikan majlis tersebut. Alhamdulillah dengan kehadiran Dat' majlis tersebut menjadi meriah..... Terima kasih Dato'.

Kepada Ketua Kampung, AJK, JKK dan Belia, terima kasih kerana memberi kerjasama dan membantu dari mula hingga akhir.

Kepada Ketua Balai Polis Teluk Intan, Tuan Inspektor Norzanual Ahmmad terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis bersama anggota.

Kepada Saudara Ahmad Fadhil B Mohamad, tahniah kerana berjaya sebagai pengurus projek ini. Memang banyak masalah tetapi itulah ilmu dan pengalaman yang mahal.

Walaupun sudah mendapat sambutan  dan telah ada pendaftaran, harapan saya semoga ramai lagi anak-anak tempatan yang akan mendaftar, InsyaAllah. Amin.

Seterusnya akan menyusul BERITA TERKINI dari Sri Iskandar................TUNGGU!!!!!!!!!!