PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Jumaat, 2 Mac 2012

Nasib Baik La Belajar Silat, Dapat Menolong Yang Memerlukan Bantuan

       Belajar Silat bukan semestinya nak jadi hebat, mencabar orang, pukul orang, jadi samseng/gengster, tapi sebagai ilmu mempertahankan diri. Samada pertahanan diri sendiri atau orang lain yang memerlukan bantuan.

        Ramai yang salah anggap, kononnya orang yang belajar silat ni kaki gaduh dan samseng. Sebenarnya kalau seseorang tu betul2 mendalami ilmu persilatan mustahil dia akan mempunyai sifat negatif tersebut, kecuali sememangnya dari awal dia belajar silat nak jadi kaki pukul. Sepatutnya guru yang menerima pelajar seperti ini telah dapat membaca niat individu tersebut dari awal lagi dan berhati2 menurunkan ilmu persilatan kepada orang yang macam ini.

      Dan satu lagi, ada juga guru2 silat yang saja suruh anak murid dia 'test' orang, kononnya nak tahu setakat mana ilmu yang telah dipelajari. Inilah masalah......    sebab saya sendiri pun dah kena. Ada yang datang 'test'.... semoga Allah bagi petunjuk kepada mereka... Ihdinas 'sirotol mustaqim....