PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Khamis, 19 April 2012

Lagi Foto Silat Tanpa Henti 24 jam


Bersama isteri tersayang yang banyak berkorban dan sponsor sepersalinan baju Mahaguru.


Keris Pusaka yang digunakan oleh Dato' Zainol semasa Majlis
Perasmian.




Kelihatan Anak-anak Gayong Kifalah berselimpang Hijau dan Pengikat kepala Merah.


Persembahan beramai-ramai, TERBAIK


Mahaguru naik ke pentas menerima sijil


Serius berucap


Gaya seorang Bakal Pemimpin Negara


Tepukan sokongan






Bersama Dato' Zainol, guru-guru dan pesilat merakam detik sejarah 'Malaysia Book Of Records'


Persdiaan awal...


Mahaguru bersama barisan guru-guru dari pelbagai aliran.


Saudara Khairul Akmal  membaca doa semasa majlis dimulakan.


Pesilat sedang membaca doa untuk memohon keberkatan dari Allah s.w.t

Antara beladiri jemputan yang membuat persembahan

Rabu, 18 April 2012

PERHIMPUNAN PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERAK AMAN JAYA 2012 (Silat Tanpa Henti 24 jam)

 Silat Tanpa Henti 24 jam

 


Sukar nak dilafazkan perasaan yang muncul ketika menyaksikan persembahan  beramai-ramai semasa majlis penutup ini. Semua silat dan beladiri lain bersama-sama mempersembahan permainan mereka. Memang 'best' dan TERBAIK.........




Begitu juga dengan kumpulan gendang, mereka bersungguh-sungguh memberikan komitmen yang tinggi. Pelbagai irama dipersembahkan. Tahniah. Satu rekod yang baru bagi pewaris seni  bangsa Melayu.

Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak, Pesaka Negeri Perak , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta semua yang terlibat dalam program ini.

Majlis Pertauliahan Datok Mahaguru Dan Amanat Guru

Majlis Pertauliahan Datok Mahaguru Dan Ijazah Amanat Guru

Kelihatn Guru Tua  sedang menandatangani Watikah Pertauliahan.
Datok Mahaguru Shamsudin Bin Ismail bersama Watikah Pertauliahan .
 
Segala puji-pujian ke Hadrat Allah s.w.t Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.  Segala yang baik datangnya dari Dia.

   Sesungguhnya saya tidak dapat mempercayai bahawa akan keluar daripada mulut Tuan Guru Wahab Bin Mutalib selaku Guru Tua / Pemegang Amanah Perguruan suatu ayat azimat dan keramat. Beliau telah berkata " Sham, saya selaku Pemegang Amanah dengan ini menyampaikan pesan Guru bahawa kamu dipilih dan dilantik menjadi Mahaguru. Ini bukan pilihan saya tapi pilihan Guru. Allah Taala telah mendorong saya untuk memilih kamu sebagai Mahaguru bagi perguruan ini. Kerana perlunya ada Mahaguru. "

   Apabila mendengar ayat tersebut buat pertama kali, hati memang berdebar. Bukan kerana seronok mendapat jawatan tersebut, tetapi tanggungjawab yang akan dipikul di atas bahu ini.

   Kata Guru Tua lagi, "dulu Datuk Mahaguru pun mendapat gelaran ini pada usia kamu. Jadi jagalah nama Guru dan Perguruan baik-baik. Jangan salah bawa."

   Maka pada tarikh 30 hb March 2012 bersamaan 07 Jamadil Awwal 1433 Hijrah maka berlakulah pertauliahan tersebut di rumah Guru Tua. Bersaksikan isteri Guru Tua, Isman Bin Wahab (Pegawai Belia 4B Sri Iskandar) dan Setiausaha Kelab dan Perguruan iaitu Puan Ruzita Bt Ahmad.

   Selaku Mahaguru saya dianugerahkan Selempang Tengku Laksamana Muda . Selain itu, Guru Tua Tuan Guru Wahab Bin Mutalib dan Mantan Mahaguru Musa bin Mohd Ali juga mengijazahkan Amalan Tertinggi Gayung Ghaib.

   Semoga Allah Taala memberkati perjuangan kami ini. Semoga perguruan ini terus maju dari masa ke semasa. Amin....

    Terima kasih kepada Sekalian Guru-guru yang memberi amanat ini.