PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Isnin, 9 Ogos 2010

Kenangan Di SK Tambun 2008

Gelanggang Latihan di Sekolah Kebangsaan Tambun juga wujud pada tahun 2007 iaitu pada bulan Jun. Jumlah keahlian pada permulaan gelanggang tersebut adalah seramai 36 oarang ahli. Gelanggang SK Tambun mengadakan latihan pada setiap hari Selasa dari jam 5.00 ptg hingga 6.30 ptg. Dari tahun pertama hinggalah ke hari ini, Guru Penyelia yang banyak bersusah-payah membantu saya ialah Puan Rabiatun Adawiyah. Kepada ahli silat SK tambun, teruskan usaha dalam mempelajari ilmu persilatan warisan bangsa Melayu ini.
(gambar blum sempat upload)

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kenangan Di SK Tanjung Rambutan 2008

Inilah wajah2 bekas ahli silat  di SK Tanjung Rambutan. Mula-mula penubuhannya pd tahun 2007 ahli adalah seramai 37orang. Seronok mengajar. Setiap kali tiba hari Isnin memang tak sabar nak pergi mengajar. Memang syok..................... Maklum la inilah sekolah yg mula2 sekali memberi kerjasama dan kebenaran untuk buka gelanggang di Ipoh ni (bawah seliaan saya)... Pada masa ini, sebahagian daripada ahli tersebut telah memasuki sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah kebangsaan. Harapan saya kepada mereka semua, walaupun tidak meneruskan pembelajaran silat bersama pertubuhan ini, carilah mana2 perguruan silat untuk menimba ilmu. Jangan ketepikan minat terhadap silat. Walaupun sibuk dengan kelas akademik, silat pun penting untuk kecergasan fizikal. Hebat di gelanggang dan hebat juga dalam pelajaran. Semoga Pemimpin Negara pada masa akan datang boleh bersilat dan tahu ilmu persilatan.



Pada hari pertama latihan April 2007




Para pendekar Tanjung Rambutan



Madu Oh Madu

Madu bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat Melayu. Ia adalah diet makanan yang menjadi kebiasaan kepada orang tua-tua dahulukala. Masyarakat hari ini kurang menggunakan khasiat madu tersebut samaada untuk diet harian atau pengubatan. Ini ditambah pula dengan tindakkan sesetengah penjual yang menipu pembeli. Mereka mencampurkan madu dengan gula melaka. Apabila disimpan dalm tempoh tertentu maka dapatlah dilihat mendapan gula pada bahgian bawah botol. (lihat gambar yg dilampirkan- MADU TIPU). Oleh itu masyarakat kurang perrcaya kepada penggunaan madu pada hari ini., kerana tujuan asal untuk mengubat telah berrtukar kepada membahayakan kesihatan pengguna. Bayangkan kalau individu yang mengidap penyakit kencing manis(diabetis) mengambil MADU TIPU satu sudu besar 2 kali sehari selama satu bulan. Akibatnya, lagi berrtambah buruk la kaki individu tersebut.... Maka berhati2lah ketika membeli madu. Jangan percayakan LABEL di botol. Jangan percayakan kata2 jurujual 100 peratus. Belajarlah dari yang tahu... Belajarlah dari pengalaman.... InsyaAllah. Selamat.

Jemputan Majlis Penamat 08/08/10

Assalammu'alaikum..

Kepada anda yang melayari blog ini, adalah dengan ini saya berbesarhati menjemput anda ke Majlis Penamat Silat pada 08/08/10 jam 3.00 petang di Pusat Latihan Gayung , Sunway City Tambun. Semoga dengan kehadiran anda dapt memberi sokong kepada anak-anak gayung dan memeriahkan lagi majlis tersebut. InsyaAllah... Sama-samalah kita memertabatkan warisan bangsa Melayu. Amin.