PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Sabtu, 19 Disember 2015

 
SILAT TEMPUR
 
Teknik serangan dan jatuhan yang digunakan dalam sparring/tempur bebas bagi latihan di Gelanggang Pusat Latihan Gayong Kifalah . Memang di akui tiada gerak berseni tari, ini di sebabkan latihan tersebut menumpukan kepada teknik tempur iaitu serang dan bela diri sahaja. Tujuan untuk melatih kemahiran mengacah, membaca gerak dan menghindar dari dikunci atau dijatuhkan. Serangan merangkumi tumbukan, tendangan, tolakkan , lutut dan siku. Jatuhan dikira melalui sapuan, serang ke pelipat kaki, sauk, selak kaki tarikan dan lemparan. Serta beberapa teknik belaan.
 
 
Perlawanan antara Guru Ferdaus Nordin dengan Ustaz NorSafwan Hj Zulkifli

Jumaat, 18 Disember 2015

 
 
LATIHAN RUTIN MINGGUAN ( Sparring / Tempur)
 
Latihan Sparring mingguan oleh Ahmad Hedzir  9 tahun dengan Ahmad Uzair  6 tahun di Gelanggang Pusat Latihan Gayong Kifalah Tambun, Perak.  Menjadi rutin bagi anak-anak Gayong Kifalah berlatih sparring/ tempur bagi menyediakan diri untuk menghadapi situasi sebenar. Supaya ilmu tempur dalam pelajaran silibus dapat dipraktikkan dengan berkesan serta membina keyakinan diri. Latihan dari usia muda perlu untuk membentuk displin diri yang tinggi. Bukan untuk jadi SAMSENG. 
 
 

Rabu, 16 Disember 2015

Anak Gayong Kifalah Sunway Tambun 2015



Persembahan Seni oleh Waris Beradat 3 Ahmad Hedzir beserta persembahan beramai-ramai oleh sebahagian ahli dari Pusat Latihan Gayong Kifalah Tambun. Semoga ramai lagi yang berminat untuk menjadi pewaris.