PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Sabtu, 6 Ogos 2011

Persembahan Semasa Firdaus B Nordin Kahwin

Ini adalah hari berbahagia Firdaus. Kengkawan sanggup berpanas terik untuk meraikan beliau. Oleh itu Firdaus.............. Kenang-kenanglah jasa para sahabat anda. Selamat Pengantin Baru Firdaus.













Maaf la. Ini je yang sempat dirakam. Panas Terik. Semua orang kejo nak makan nasi minyak.

Jumaat, 5 Ogos 2011

MAJLIS PENAMAT 30HB JULAI 2011

Alhamdulillah..................... Syukur ke hadrat Ilahi.

Bukan saja para pesilat berdebar-debar menanti hari ini, malah saya sendiri pun terasa 'aura' majlis penamat tersebut. Ada di antara pesilat yang sanggup datang hari-hari ke pusat latihan untuk berlatih memantapkan lagi ilmu masing-masing sebelum menjelangnya malam penamat. Kepada pesilat-pesilat tersebut saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana berkat usaha yang gigih , maka anda telah mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga semasa ujian kebatinan, terdapat ahli yang mengalami luka-luka kecil terutama semasa ujian tetakan dengan pedang. Ini kerana masalah pesilat sendiri, rata-rata mengatakan persiapaan 'dalaman' kurang lagi, itu adalah hak masing-masing........................................

Ada yang berbadan besar tapi tak boleh buat ujian macam pesilat yang berbadan kecil, tak pe, jangan kecewa... lain tahun cuba lagi.

Apa-apa pun, ini adalah majlis penamat yang paling meriah pernah diadakan di pusat latihan ini. Memang puashati semua pihak..... Sekali lagi. Alhamdulillah. Tahniah kepada semua pesilat, semoga semua anda akan menjadi pewaris suatu hari nanti. Amin.
 
Ini 'candid' semasa Majlis Pra-Penamat (24/07/11)

- Ujian Teori Dan Praktikal



Khusyuk betul.... masa ni kalau ibu bapa diaorang tengok muka anak masing-masing memang syok. Semua serius, kalah nak ambil peperiksaan kat sekolah.


Lihatlah dunia muka bakal-bakal pendekar negara...


Ni masa Nurul buat lawak... orang lain tengah serius, dia buat lawak plak. Tu sebab semua dok pandang kat dia tu... he..he.. jangan marah Nurul ye


Iskandar tu saja syok nak 'tumpang sekaki' je.. dia bukan ambil penamat pun


Yang empat orang kat belakang lagi tu kena tunggu 'turn' sebab tak bawa pen, dah banyak kali bagitau dah.......... tapi asyik 'terrrrrrrrlupa'


Ni ha... jawapannya macam ni. Yang korang jawab tu sapa yang ajar haaaaaaaaaaaaaaaaaa....


Sedia.................


Ha, masuk jangan tak masuk..


Ni kecik bukan sebarang kecik, macam cili padi daaaaaaa....

Tu je la 'candid' yang berjaya diambil oleh jurugambar bebas Puan Ruzita.............Terima kasih
 
Jeng...jeng...jeng....

Ni ha, malam yang di tunggu-tunggu. Malam Penamat


Ni adalah barang-barang hantaran malam penamat...


Baca doa betul-betul, jangan main-main


Semua pasang telinga, arahan hanya sekali je.... serius2


Ni yang nak ambil ujian tengah berdoa, Iskandar je dok pusing2 tengok orang, maklum le dia tak kena malam ni


Doa lagi.. yakin betul2


Ni Jurulatih Fadil bagitau, antara ujiannya ialah POTONG TANGAN


Tengah tunggu nak ambil bengkung


Masa dapat bengkung tersengih2, masa ujian ni la orang yang nak pengsan tengok pedang


Ni Syair, pesilat yang paling 'cool' jarang senyum
 

Ni Khairul kawan si Syair (partner sparring) suka buat lawak


Ni Ida, Sri Kandi, orang lama yang masih bersemangat..
 

Tahniah, Hakim


Salah sorang, orang lama yang hadir pada malam tersebut. Teruskan usaha

 

Mai la cepat ambil, sat gi nak makan pulut plak


Ni la adab yang nak diajarkan kepada generasi muda, HORMAT


Ujian Gedebuk-gedebak dengan Rotan besar sudah, apa pulak lepas ni


Ujian Batang tebu, lagi besar lagi power.......... nasib la badan


Tak de ke parang lagi besar nak potong limau tu, kecik sangat tu
 

Ujian Limau


Mana mau lari haaaaa


Nape Khairul........


Tengok tu Mr. Cool


Fakar kata dia betul2 ingat mati je.... ngilu tu
 

Tahan, jangan tak tahan


Menawar dan mematikan bisa luka parang


Mak... Ayah... Lihatlah, sapa kata mai berlatih silat sia-sia. Tengok ni bape banyak sijil sorang2 dapat. Ada yang enam, ada yang empat, ada yang dua. Ni pelaburan masa depan yang bijak. Tahniah semua.

Apa yang anda saksikan adalah benar. Ini adalah ujian keyakinan . Yakin pada Allah Taala. Yakin pada diri sendiri. Bukan silap mata, bukan tipu muslihat, bukan barang mainan, bukan dabus. Betul2.. tu sebab ada yang luka-luka. Jadi kepada anda yang berminat untuk menjadi ahli, boleh la berhubung dengan Tuan Guru Shamsudin Bin Ismail.