PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Rabu, 9 November 2011

Majlis Qurban Dan Akikah Di Masjid Putih Mahani, Taman Perpaduan, Ipoh (2011)


Pengerusi Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli silat kerana sudi turun padang membantu kariah terutama warga tua (orang lama) membuat kerja-kerja menyembelih, melapah dan memasak.


semoga ramai lagi anak2 anak muda yang dapat menyertai aktiviti masyarakat seperti ini pada masa akan datang



buat apa lagi tu Fakar ? Orang semua dah nak makan dah....


Alhamdulillah , semua dah selamat.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011

Dah lama gambar ni dalam kamera, tak de masa nak up load ke blog. Sibuk siang malam nak cari rezeki halal. Ni baru ada masa sebab cuti jaga isteri dgn 2 org anak demam 'cantik'.

Alhamdulillah..... Walaupun perancangan nak mengadakan jamuan Aidilfitri tu pendek , hanya 4 hari sebelum diadakan. Namun dengan kerjasama daripada semua ahli, terlaksana juga.




Ni keluarga Ferdaus dgn Sri Kandi Khashidah. Dah makan k belum ?




Ni pulak 'group' Tuan Kamarudin, OCS Tanjung Rambutan. Terima kasih laTuan kerana sudi meluangkan masa bawa anak2 buah mai makan.

Tuan Razak Tuan Wan 'bos' Komando 69 tak dapat datang sebab operasi la pulak. Tak pe lain kali ada lagi.



Terima kasih kepada kengkawan daripada Parlimen Tambun yang turut sudi menghadirkan diri.




Para ibu bapa pesilat tgh sibuk menjamu selera, teruskan ..............




'Pendekar Cilik Hakim' orang lain sibuk nak makan , dia nak silat la pulak.




Terima kasih kepada Ustaz Khir  (Imam Masjid Putih Mahani ) kerana sudi bawa geng masjid mai makan.


Kepada semua jemputan dan hadirin, sekali lagi ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita menjamu selera dan beramah mesra.

Kepada para  'sponsor2' , terima kasih banyak kerana sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Kerana usaha tuan2/ puan2 maka silaturrahim antara kita menjadi erat.