PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Isnin, 1 Oktober 2012




 
Majlis Pembukaan Gelanggang Baru Di Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor Pada 28 hb September 2012 Jam 9.00 Malam.
Pembukaan Gelanggang Baru ini adalah di atas usaha gigih Jurulatih Ebbie  dan beberapa Guru Tua daripada Kumpulan Dunia Seni Silat Melayu.
 
Datok Mahaguru sedang memberikan  kata2 peransang kepada ahli yang akan membuat persembahan.
 
Acara doa membuka gelanggang baru. Dengan harapan semoga tidak ada musibah dan mendapat kemudahan daripada Allah Taala.
 
 
 
 
Pak Mat Kampar sedang bertari sembah gelanggang. Memang terbaik....

Pak Usop dari Pahang antara Guru  Tua yang sudi mempersempahkan tari gelanggang.

Tari dari seorang guru yang memukau para hadirin.

Gerak tari yang kemas dan padat dari seorang guru silat

Orang kuat yang membantu Saudara Ebbie bagi menjayakan majlis ini dan turut sudi bertari sembah Buah Pukul Mersing..

Anak-anak gayung Kifalah sedang  bersiap sedia menerima arahan daripada Datuk Mahaguru

Saudara Shaharudin Esa yang sedang rancak berborak dan berbincang mengenai program Dunia Seni Silat Melayu

Datuk Mahaguru sedang berbincang dan bertukar pendapat dengan Guru2 Tua daripada pelbagai aliran

Gambar Kenangan.




Ibunda Utama Seri Gayung dan Sri Kandi Utama



 

Pewaris dan ibunda
 
Pesilat cilik
 
 
Sebahagian daripada hadirin yang berada di tepi gelanggang sedang menjamu selera selepas majlis selesai.
Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala Gayong Kifalah telah bertapak di Rawang. Semoga banyak lagi gelanggang baru yang akan dibuka. Kepada semua Gurulatih dan Jurulatih teruskan usaha mengembangkan aliran persilatan ini. Semoga kita dapat menyelatkan anak bangsa kita daripada anasir 'kuning' dan budaya songsang masa kini. Tidak ada yang lebih menggembirakan  selain daripada melihat anak2 muda bersilat di tengah gelanggang. Kepada Ayahanda Megat dari Persilatan Harimau Minangkabau, terima kasih di atas usaha tuan kerana membawa kami bergelanggang di situ. terlalu besar pertolongan dan kerjasama yang pihak tuan2 berikan. Terima kasih banyak. Semoga kita berjumpa lagi di sana. InsyaAllah...