PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Selasa, 29 Januari 2013

Mesyuarat Agung Tahunan PESAKA Kebangsaan Di World Youth Hotel, Melaka.
 
Terima kasih kepada Mak Ngah sebab memberi kuasa kepada saya sebagai ketua rombongan ke Mesyuarat Tahunan PESAKA Kebangsaan di Melaka pada 11-12 jan 2013 yang lalu. Bas disediakan, Homestay disediakan, makan minum di bagi. Banyak isu dan perkara dapat diketahui bila berada dalam mesyuarat tersebut. terima kasih kepada Pak Mat , Cikgu Sazali dn Cikgu Saiful serta Kak Hasmah yg memberikan kerjasama dalam mengendalikan para ahli rombongan tersebut.
 
 
Bersama 'orang lama' Gayung Malaysia.

Nak mendaftar ni.......

Makan Malam dibelanja oleh Cikgu Sazali.. Terima Kasil Cikgu

Dalam Dewan Mesyuarat

Geng Ipoh baru sampai....
 
Dalam Mesyuarat tersebut, Datuk Megat sangat tegas dan keras  dalam mengendalikan dan menghuraikan sesuatu isu. Saya sangat kagum dengan ketegasan beliau sehingga dapat mengawal keadaan mesyuarat yang 'panas'.
 
Teringat saya apabila saya bersikap serupa semasa menghadiri satu perjumpaan di Tanjung Malim pada tahun lepas. Sebagai Guru yang hadir untuk menyampaikan pesanan dan penerangan mengenai pertubuhan dan perguruan. Ada pihak yang kurang ajar mempertikaikan pesanan Guru dan menolak peribadi pemimpin yang tegas. Mereka tidak boleh menerima pemimpin yang kasar dan tegas. Sebaliknya pemimpin perlu mengikut apa yang mereka mahu. Maka berlakulah perpecahan.

Jumaat, 18 Januari 2013

Program Dunia Seni Silat Melayu Di Tasik Titiwangsa Pada 06 Januari 2013
(Laporan Siri 3)
 
Panglima Garuda Sakti
 
Dah kena...................
 
Panglima Rotan Sedepa
 
Panglima Berantai
 
Panglima Selengan
 
 
Terima kasih kepada semua pesilatyang bersungguh-sungguh memberikan kerjasama menjayakan demo tersebut. Yang sanggup bertolak dari Ipoh pukul 5.00 pagi dang membuat persembahan sampai ke petang. Terima kasih semua.................
 
Program Dunia seni Silat Melayu Di Tasik Titiwangsa Pada 06 Januari 2013
(Laporan Siri 2)
 
Ibunda Utama Seri Gayung
 
 
Santai je.......
 
Terima kasih  dan tahniah kepada Ibunda Utama Seri Gayung kerana bersemangat tinggi dan berani melangkah ke tengah gelanggang untuk bertari sembah.  Bukan calang-calang orang boleh, apatah lagi beliau telah mempunyai 4 orang cahaya mata. Tetapi masih bersemangat menolong mengajar di dalam gelanggang latihan, menguruskan pertubuhan dan kelab. Alangkah molek jika ramai lagi wanita seperti beliau...... laksana Tun Fatimah
 
Program Dunia Seni Silat Melayu Di Tasik Titiwangsa Pada 06 hb Januari 2013
( Laporan Siri 1)
 
Hormat Perguruan
 
Pendekar Cilik
 
Panglima Ebie
 
Ambik kau.....
 
Dahsyat Syafiq dan Iskandar
 
Dengan adanya program macam ni, para pesilat daripada pelbagai persatuan dan perguruan dapat menambahkan jalinan silaturrahim.... bukan nak tunjuk hebat.
 
Sahabat
 
 
Bersama DSP Tuan Razak dari KOMANDO 69 Ulu Kinta, Ipoh. Seorang yang merendah diri. Penampilan dan percakapan sangat merendah diri. Inilah yang dinamakan GURU... bukannya seperti sesetengah guru 'masuk bakul angkat sendiri'.