PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Selasa, 29 Januari 2013

Mesyuarat Agung Tahunan PESAKA Kebangsaan Di World Youth Hotel, Melaka.
 
Terima kasih kepada Mak Ngah sebab memberi kuasa kepada saya sebagai ketua rombongan ke Mesyuarat Tahunan PESAKA Kebangsaan di Melaka pada 11-12 jan 2013 yang lalu. Bas disediakan, Homestay disediakan, makan minum di bagi. Banyak isu dan perkara dapat diketahui bila berada dalam mesyuarat tersebut. terima kasih kepada Pak Mat , Cikgu Sazali dn Cikgu Saiful serta Kak Hasmah yg memberikan kerjasama dalam mengendalikan para ahli rombongan tersebut.
 
 
Bersama 'orang lama' Gayung Malaysia.

Nak mendaftar ni.......

Makan Malam dibelanja oleh Cikgu Sazali.. Terima Kasil Cikgu

Dalam Dewan Mesyuarat

Geng Ipoh baru sampai....
 
Dalam Mesyuarat tersebut, Datuk Megat sangat tegas dan keras  dalam mengendalikan dan menghuraikan sesuatu isu. Saya sangat kagum dengan ketegasan beliau sehingga dapat mengawal keadaan mesyuarat yang 'panas'.
 
Teringat saya apabila saya bersikap serupa semasa menghadiri satu perjumpaan di Tanjung Malim pada tahun lepas. Sebagai Guru yang hadir untuk menyampaikan pesanan dan penerangan mengenai pertubuhan dan perguruan. Ada pihak yang kurang ajar mempertikaikan pesanan Guru dan menolak peribadi pemimpin yang tegas. Mereka tidak boleh menerima pemimpin yang kasar dan tegas. Sebaliknya pemimpin perlu mengikut apa yang mereka mahu. Maka berlakulah perpecahan.