PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Isnin, 22 April 2019

Program Kursus Kejurulatihan 2019. Adap dan Peraturan Gelanggang. Di Ibu Gelangggang Tambun.

Alhamdulillah, seramai 40 orang pesilat terlibat dengan kursus kejurulatihan. Mereka adalah individu- individu yang telah dipikih dari Gelanggang Tambun, Gelanggang Teluk Intan, Gelanggang Kuala Lumpur dan Gelanggang Selangor.

Semoga semua pesilat yang hafir ke kursus menjadi seorang Jurulatih yang berwibawa dan beretika serta berdisplin tinggi. In shaa Allah.




Isnin, 15 April 2019

Alhamdulillah. Majlis Perasmian Gelanggang SK Setia Alam, Shah Alam dan Penamat pada 23hb Mac 2019.

   Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang telah bersusah payah mengadakan majlis tersebut.

   Segalanya berjalan lancar dari pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Tuada sebarang kecederaan dan perkara yang tidak di ingini berlaku.

   Pada Majlis tersebut juga berlsku peristiwa, perlantikkan Timbalan Mahaguru 3 Muhamad Firdaus B Mokhtar sebagai Mahaguru bagi jajahan takluk Negeri Perak. Manakala Timbalan Mahaguru 4 Zahasrul  B Ismail sebagai Mahaguru bagi jajahan takluk Kuala Lumpur dan Negeri Selangor.

   Malah seramai 20 orang pesilat dilantik sebagai Jurulatih Muda. Keseluruhan pesilat yang terlibat adalsh seramai 290 orang.








Selasa, 26 Februari 2019

Alhamdulillah. Menerima kunjungan para mahasiswa yang datang untuk membuat kajian dan temuramah berkenaan Peradaban Tamadun Melayu dan Dunia Islam. Seyiap tahun pasti ramai yang hadir . Sebelum kumpulan ini telah hadir sekumpulan mahasiswi membuat kajian berkenaan Silat Melayu. Semoga anak-anak ini berjayaada masa akan datang. Menjadi pemimpin yang menjaga dan memelihara Budaya Melayu dan Agama Islam. Aamin. 



Rabu, 28 November 2018

Alhamdulillah. Selain dari bersilat, berubat dan mengaji, kita juga perlu bergendang. Sambil bergendang kita berzikir dan selawat. Selit2 gendang silat baku sikit. buat hiburan dan halwa telinga. 




Rabu, 14 November 2018

Alhamdulillah hirobbil 'alamin. Syukur pada Allah swt. Program Pertandingan Silat Tempur  Piala Datok Mahaguru Shamsudin Bin Haji Ismail telah diadakan dengan jayanya pada 11 hb November 2018 di Pusat Latihan Gayong Kifalah Tambun   Ipoh, Perak. Terima kasih pada semua yang terlibat dan hadir. 




















Selasa, 25 September 2018

Majlis Mandi Minyak dan Bubur Asyura 1440 Hijrah. Bersama ahli silat dari Tambun, Kerinci  dan Teluk Intan. Alhamdulillah.











Sabtu, 1 September 2018

Alhamdulillah. Ucapan Tahniah kepada wakil Datok Mahaguru iaitu Timbalan Mahaguru 4 Guru Zahasrul bin Ismail kerana berjaya mendidik dan membimbing anak-anak Gayong Kifalah KL Selangor sehingga berjaya memperolehi pingat dan mendapat Anugerah Pesilat Lelaki terbaik dalam pertandingan pada 02.09.2018. Semoga ini menjadi suntikan semangat untuk anak-anak muda yang lain. Kitalah pewaris.....