PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Sabtu, 19 Disember 2015

 
SILAT TEMPUR
 
Teknik serangan dan jatuhan yang digunakan dalam sparring/tempur bebas bagi latihan di Gelanggang Pusat Latihan Gayong Kifalah . Memang di akui tiada gerak berseni tari, ini di sebabkan latihan tersebut menumpukan kepada teknik tempur iaitu serang dan bela diri sahaja. Tujuan untuk melatih kemahiran mengacah, membaca gerak dan menghindar dari dikunci atau dijatuhkan. Serangan merangkumi tumbukan, tendangan, tolakkan , lutut dan siku. Jatuhan dikira melalui sapuan, serang ke pelipat kaki, sauk, selak kaki tarikan dan lemparan. Serta beberapa teknik belaan.
 
 
Perlawanan antara Guru Ferdaus Nordin dengan Ustaz NorSafwan Hj Zulkifli