PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Rabu, 18 April 2012

Majlis Pertauliahan Datok Mahaguru Dan Amanat Guru

Majlis Pertauliahan Datok Mahaguru Dan Ijazah Amanat Guru

Kelihatn Guru Tua  sedang menandatangani Watikah Pertauliahan.
Datok Mahaguru Shamsudin Bin Ismail bersama Watikah Pertauliahan .
 
Segala puji-pujian ke Hadrat Allah s.w.t Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.  Segala yang baik datangnya dari Dia.

   Sesungguhnya saya tidak dapat mempercayai bahawa akan keluar daripada mulut Tuan Guru Wahab Bin Mutalib selaku Guru Tua / Pemegang Amanah Perguruan suatu ayat azimat dan keramat. Beliau telah berkata " Sham, saya selaku Pemegang Amanah dengan ini menyampaikan pesan Guru bahawa kamu dipilih dan dilantik menjadi Mahaguru. Ini bukan pilihan saya tapi pilihan Guru. Allah Taala telah mendorong saya untuk memilih kamu sebagai Mahaguru bagi perguruan ini. Kerana perlunya ada Mahaguru. "

   Apabila mendengar ayat tersebut buat pertama kali, hati memang berdebar. Bukan kerana seronok mendapat jawatan tersebut, tetapi tanggungjawab yang akan dipikul di atas bahu ini.

   Kata Guru Tua lagi, "dulu Datuk Mahaguru pun mendapat gelaran ini pada usia kamu. Jadi jagalah nama Guru dan Perguruan baik-baik. Jangan salah bawa."

   Maka pada tarikh 30 hb March 2012 bersamaan 07 Jamadil Awwal 1433 Hijrah maka berlakulah pertauliahan tersebut di rumah Guru Tua. Bersaksikan isteri Guru Tua, Isman Bin Wahab (Pegawai Belia 4B Sri Iskandar) dan Setiausaha Kelab dan Perguruan iaitu Puan Ruzita Bt Ahmad.

   Selaku Mahaguru saya dianugerahkan Selempang Tengku Laksamana Muda . Selain itu, Guru Tua Tuan Guru Wahab Bin Mutalib dan Mantan Mahaguru Musa bin Mohd Ali juga mengijazahkan Amalan Tertinggi Gayung Ghaib.

   Semoga Allah Taala memberkati perjuangan kami ini. Semoga perguruan ini terus maju dari masa ke semasa. Amin....

    Terima kasih kepada Sekalian Guru-guru yang memberi amanat ini.