PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Isnin, 24 September 2012

 
Pembukaan Gelanggang Baru Di SMK Raja Chulan, Ipoh pada 22 hb September 2012
 
 
Bersama Cikgu Kamal, Guru Penyelaras Kelab Silat SMK Raja Chulan

 
Selepas menjalani sesi suai kenal, latihan memanaskan badan dan mempelajari asas, para ahli baru sedang asyik menyaksikan demo tangan kosong oleh Jurulatih Fakar dan Firdaus.
 
Syukur Alhamdulillah, pada hari pertama pendaftaran dan latihan seramai 35 orang telah mendaftar. Menurut cikgu Kamal ahli mungkin akan mencecah 50 hingga 60 orang pada bulan Januari nanti , ini kerana pada hujung tahun ini ramai pelajar sedang melakukan persiapan untuk mewakili sekolah dalam pelbagai acara yang lain.
Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Semoga kelab ini terus maju jaya. Amin.....