PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Rabu, 15 Mac 2017

Kenangan tahun 2014.
Menerima Ijazah Guru daripada Tua Silek Bapak Kandarini iaitu Guru Tua Silat Balam Minangkabau


Seorang Guru Tua yang banyak ' isi', sentiasa berhati-hati dalam gerak dan halus permainannya tapi keras penyampaiannya. Walaupun ketika itu usia beliau telah mencecah 89 Tahun. Alhamdulillah segala ilmu yang beliau sampaikan , telah sebahagiannya saya sampaikan pada murid yang ada. 
Marilah sama-sama kita Belajar, Berguru, Bersilat, Beramal dan Berubat. Tiada menggunakan kaedah ISIAN DAMPINGAN. Segalanya bersandarkan amalan ayat Al Quran dan Doa daripada Hadis. 


Rabu, 17 Februari 2016

Program Pertandingan Silat Asli dan Gendang di JKKN Perak pada 26 hb November 2015  Anjuran Kementerian Kebudaayan Negeri Perak dengan kerjasama daripada PESAKA Perak.
 






Antara sesi foto yang sempat dirakam antara Datok Mahaguru Shamsudin dan kenalan beliau semasa program tersebut.
 

PERTANDINGAN SILAT TEMPUR PIALA DATOK MAHAGURU SHAMSUDIN BIN HAJI ISMAIL 2016 DI PUSAT LATIHAN IBU GELANGGANG GAYONG KIFALAH, TAMBUN, IPOH PERAK PADA NOVEMBER 2015.
 
 










 
Tahniah kepada semua pesilat yang hadir dan menjayakan Program Tahunan Pertubuhan tersebut. Semoga tahun depan ramai lagi yang jadi juara. Ilmu yang dipelajari hendaklah digunakan pada tempat yang betul. Jangan 'dijaja' di tepi-tepi jalan. InsyaAllah selamat di dunia dan akhirat kelak. Amin.
 

Sabtu, 19 Disember 2015

 
SILAT TEMPUR
 
Teknik serangan dan jatuhan yang digunakan dalam sparring/tempur bebas bagi latihan di Gelanggang Pusat Latihan Gayong Kifalah . Memang di akui tiada gerak berseni tari, ini di sebabkan latihan tersebut menumpukan kepada teknik tempur iaitu serang dan bela diri sahaja. Tujuan untuk melatih kemahiran mengacah, membaca gerak dan menghindar dari dikunci atau dijatuhkan. Serangan merangkumi tumbukan, tendangan, tolakkan , lutut dan siku. Jatuhan dikira melalui sapuan, serang ke pelipat kaki, sauk, selak kaki tarikan dan lemparan. Serta beberapa teknik belaan.
 
 
Perlawanan antara Guru Ferdaus Nordin dengan Ustaz NorSafwan Hj Zulkifli

Jumaat, 18 Disember 2015

 
 
LATIHAN RUTIN MINGGUAN ( Sparring / Tempur)
 
Latihan Sparring mingguan oleh Ahmad Hedzir  9 tahun dengan Ahmad Uzair  6 tahun di Gelanggang Pusat Latihan Gayong Kifalah Tambun, Perak.  Menjadi rutin bagi anak-anak Gayong Kifalah berlatih sparring/ tempur bagi menyediakan diri untuk menghadapi situasi sebenar. Supaya ilmu tempur dalam pelajaran silibus dapat dipraktikkan dengan berkesan serta membina keyakinan diri. Latihan dari usia muda perlu untuk membentuk displin diri yang tinggi. Bukan untuk jadi SAMSENG. 
 
 

Rabu, 16 Disember 2015

Anak Gayong Kifalah Sunway Tambun 2015



Persembahan Seni oleh Waris Beradat 3 Ahmad Hedzir beserta persembahan beramai-ramai oleh sebahagian ahli dari Pusat Latihan Gayong Kifalah Tambun. Semoga ramai lagi yang berminat untuk menjadi pewaris.