Alhamdulillah...
Ilmu Pakaian Pendekar dan Hulubalang Masa Dahulu Kala
PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam
Isnin, 2 Julai 2012
Majlis Pembukaan Dan Perasmian Gelanggang Baru Di Kg. Bahagia, Sungai Manik, Perak (16 hb Jun 2012 jam 0900 Pagi)
Bismillahhirrohmanirrohim...
Assalammualaikum....
Datuk Mahaguru Shamsudin Ismail sedang memberikan ucapan
Ucapan Perasmian oleh Y.B. Dato' Zainol Fadzi Bin Hj Paharudin
Sebahagian koleksi senjata dipamerkan
Jualan T-shirt, buku dan silibus
Jualan Cincin, minyak urut, coklat dan kek
Aanak-anak Gayong Kifalah sedang mengaminkan bacaan doa
Dato' Zainol ceria menerima cenderahati
Persembahan beramai-ramai
Tempur tangan kosong oleh Iskandar dan Aiman
'Post' beramai-ramai
Dato' kata " ni kena simpan 1 kat umah ni "
Para penonton mengunjungi gerai bersama Y.B. Dato' Zainol.
Kepada Y.B. Dato Zainol, saya mewakili Pertubuhan serta Perguruan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir merasmikan majlis tersebut. Alhamdulillah dengan kehadiran Dat' majlis tersebut menjadi meriah..... Terima kasih Dato'.
Kepada Ketua Kampung, AJK, JKK dan Belia, terima kasih kerana memberi kerjasama dan membantu dari mula hingga akhir.
Kepada Ketua Balai Polis Teluk Intan, Tuan Inspektor Norzanual Ahmmad terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis bersama anggota.
Kepada Saudara Ahmad Fadhil B Mohamad, tahniah kerana berjaya sebagai pengurus projek ini. Memang banyak masalah tetapi itulah ilmu dan pengalaman yang mahal.
Walaupun sudah mendapat sambutan dan telah ada pendaftaran, harapan saya semoga ramai lagi anak-anak tempatan yang akan mendaftar, InsyaAllah. Amin.
Seterusnya akan menyusul BERITA TERKINI dari Sri Iskandar................TUNGGU!!!!!!!!!!
Khamis, 19 April 2012
Lagi Foto Silat Tanpa Henti 24 jam
Bersama isteri tersayang yang banyak berkorban dan sponsor sepersalinan baju Mahaguru.
Keris Pusaka yang digunakan oleh Dato' Zainol semasa Majlis
Perasmian.
Kelihatan Anak-anak Gayong Kifalah berselimpang Hijau dan Pengikat kepala Merah.
Persembahan beramai-ramai, TERBAIK
Mahaguru naik ke pentas menerima sijil
Serius berucap
Gaya seorang Bakal Pemimpin Negara
Tepukan sokongan
Bersama Dato' Zainol, guru-guru dan pesilat merakam detik sejarah 'Malaysia Book Of Records'
Persdiaan awal...
Mahaguru bersama barisan guru-guru dari pelbagai aliran.
Saudara Khairul Akmal membaca doa semasa majlis dimulakan.
Pesilat sedang membaca doa untuk memohon keberkatan dari Allah s.w.t
Antara beladiri jemputan yang membuat persembahan
Rabu, 18 April 2012
PERHIMPUNAN PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERAK AMAN JAYA 2012 (Silat Tanpa Henti 24 jam)
Silat Tanpa Henti 24 jam
Sukar nak dilafazkan perasaan yang muncul ketika menyaksikan persembahan beramai-ramai semasa majlis penutup ini. Semua silat dan beladiri lain bersama-sama mempersembahan permainan mereka. Memang 'best' dan TERBAIK.........
Begitu juga dengan kumpulan gendang, mereka bersungguh-sungguh memberikan komitmen yang tinggi. Pelbagai irama dipersembahkan. Tahniah. Satu rekod yang baru bagi pewaris seni bangsa Melayu.
Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak, Pesaka Negeri Perak , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta semua yang terlibat dalam program ini.
Majlis Pertauliahan Datok Mahaguru Dan Amanat Guru
Majlis Pertauliahan Datok Mahaguru Dan Ijazah Amanat Guru
Kelihatn Guru Tua sedang menandatangani Watikah Pertauliahan.
Datok Mahaguru Shamsudin Bin Ismail bersama Watikah Pertauliahan .
Segala puji-pujian ke Hadrat Allah s.w.t Yang Maha Pengasih Dan Penyayang. Segala yang baik datangnya dari Dia.
Sesungguhnya saya tidak dapat mempercayai bahawa akan keluar daripada mulut Tuan Guru Wahab Bin Mutalib selaku Guru Tua / Pemegang Amanah Perguruan suatu ayat azimat dan keramat. Beliau telah berkata " Sham, saya selaku Pemegang Amanah dengan ini menyampaikan pesan Guru bahawa kamu dipilih dan dilantik menjadi Mahaguru. Ini bukan pilihan saya tapi pilihan Guru. Allah Taala telah mendorong saya untuk memilih kamu sebagai Mahaguru bagi perguruan ini. Kerana perlunya ada Mahaguru. "
Apabila mendengar ayat tersebut buat pertama kali, hati memang berdebar. Bukan kerana seronok mendapat jawatan tersebut, tetapi tanggungjawab yang akan dipikul di atas bahu ini.
Kata Guru Tua lagi, "dulu Datuk Mahaguru pun mendapat gelaran ini pada usia kamu. Jadi jagalah nama Guru dan Perguruan baik-baik. Jangan salah bawa."
Maka pada tarikh 30 hb March 2012 bersamaan 07 Jamadil Awwal 1433 Hijrah maka berlakulah pertauliahan tersebut di rumah Guru Tua. Bersaksikan isteri Guru Tua, Isman Bin Wahab (Pegawai Belia 4B Sri Iskandar) dan Setiausaha Kelab dan Perguruan iaitu Puan Ruzita Bt Ahmad.
Selaku Mahaguru saya dianugerahkan Selempang Tengku Laksamana Muda . Selain itu, Guru Tua Tuan Guru Wahab Bin Mutalib dan Mantan Mahaguru Musa bin Mohd Ali juga mengijazahkan Amalan Tertinggi Gayung Ghaib.
Semoga Allah Taala memberkati perjuangan kami ini. Semoga perguruan ini terus maju dari masa ke semasa. Amin....
Terima kasih kepada Sekalian Guru-guru yang memberi amanat ini.
Jumaat, 2 Mac 2012
Nasib Baik La Belajar Silat, Dapat Menolong Yang Memerlukan Bantuan
Belajar Silat bukan semestinya nak jadi hebat, mencabar orang, pukul orang, jadi samseng/gengster, tapi sebagai ilmu mempertahankan diri. Samada pertahanan diri sendiri atau orang lain yang memerlukan bantuan.
Ramai yang salah anggap, kononnya orang yang belajar silat ni kaki gaduh dan samseng. Sebenarnya kalau seseorang tu betul2 mendalami ilmu persilatan mustahil dia akan mempunyai sifat negatif tersebut, kecuali sememangnya dari awal dia belajar silat nak jadi kaki pukul. Sepatutnya guru yang menerima pelajar seperti ini telah dapat membaca niat individu tersebut dari awal lagi dan berhati2 menurunkan ilmu persilatan kepada orang yang macam ini.
Dan satu lagi, ada juga guru2 silat yang saja suruh anak murid dia 'test' orang, kononnya nak tahu setakat mana ilmu yang telah dipelajari. Inilah masalah...... sebab saya sendiri pun dah kena. Ada yang datang 'test'.... semoga Allah bagi petunjuk kepada mereka... Ihdinas 'sirotol mustaqim....
Ahad, 12 Februari 2012
Sumpah Pendekar
Ini adalah hanya satu klip vidoe untuk renungan kepada kita semua, walaupun ianya adalah babak2 cerita yang dilakonkan, namun setiap bait-bait kata skrip ini cukup bermakna dan mendalam bagi mereka2 yang mahu berfikir. Sessungguhnya 'orang2 dahulu cukup kuat berpegang kepada adat dan adap, serta taat dalam mengerrjakan Ibadah Tuntutan Islam. Tidak seperti kita hari ini yang leka dengan kehidupan dunia, mencari harta dan kedudukan. Marilah berehat sebentar sambil menyaksikan klip video ini, selamat..........................
Adakah rasa mengantuk anda hilang, bulu roma meremang, dada berasa panas. Jika tidak maka anda belum mendapat mesej daripada skrip dalam klip video ini...... wallahhu 'alam....
Langgan:
Catatan (Atom)




