PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Selasa, 21 November 2017

Latihan Teknik Serangan dan Elakan Serta Sauk bagi Pertandingan Silat Tempur Piala Datok Mahaguru Shamsudin Bin Haji Ismail pada Disember 2017 akan datang.












Selasa, 14 November 2017

Mesyuarat Wakil Gelanggang Cawangan Selangor pada 4 hb Nov 2017 di Ibu Gelanggang Ukay Perdana Ampang Selangor.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengerusi Gayong Kifalah Selangor iaitu saudara Ismai Awang Lah. Mesyuarat ini di atur dan disusun oleh Timbalan Mahaguru 4 iaitu Guru Zaha selaku wakil Datok Mahaguru bagi Negeri Selangor dan KL.








Sabtu, 11 November 2017

Majlis Penamat Silat Bagi Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah penggal 2 2017 pada September yg lalu.

Alhamdulillah syukur pada Ilahi. Ramai juga yang hadir untuk sesi ujian pada minggu lepas. Walaupun ramai lagi yang tidak  hadir disebabkan memberi tumpuan untuk peperiksaan. Harapan kepada semya pesilat supaya lebih rajin dan selalu datang  ke kelas latihan. Supaya ilmu yang di ajar dapat di praktikkan dengan cara yang betul. Silat adalah oelajaran lstihsn fizikal bukan hafalan. Jadi sekiranya kurang latihan maka kualiti sebagai seorang ahli seni beladiri adalah tidak memuaskan. Dibimbangi sekiranya terlibat dengan situasi mendesak ahli tidak tahu atau tidak mampu menghadapinya dengan baik. 






Rabu, 11 Oktober 2017

Selasa, 10 Oktober 2017

Assalammualaikum.
Video part 1. 
Majlis Mandi Minyak dan Majlis Asyura Perguruan Gayong Kifalah 2017. Alhamdulillah. Walaupun hanya sebahagian sahaja ahli jemaah yang telah dipilih untuk menyertai program ini tapi semuanya berjalan lancar dan mengikut perancangan. Syukur Ya Allah. Semoga ilmu yang bermunafaat ini dapat disampaikan pada generasi akan datang sebagai salah satu warisan Bangsa Melayu Islam. 



Isnin, 9 Oktober 2017

Assalammualaikum. Video sekitar Majlis Qiamulail dan Pemantapan Akhlak yang diadakan pada setiap tahun sebagai program wajib.

Ahad, 8 Oktober 2017

Assalammualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt. Selesai Majlis Asyura dan Mandi Minyak Perguruan Gayong Kifalah pada 30 hb 9 2017 betsamaan 10 Muharram 1439 Hijrah. Hanya sebahagian sahaja ahli yang dipilih untuk menyertai program ini. Tujuan majlis ini adalah untuk meberi pemahaman kepada para jemaah mengenai apa maksud dan tujuan amalan ini. 2 orang yang bergelar guru turut di beri ijazah ilmu mandi minyak sebagai pelapis. Semoga ilmu dn amalan ini dapat disampaikan pada generasi kini dan akan datang. Diharapkan tidak timbul isu khurafat dan syirik setelah faham hakikat perbuatan ini. In shaa Allah. Aamiin.