Alhamdulillah hirrobbil 'alamin.
Itulah yang hanya mampu diucapkan, setelah melakukan suatu pengakhiran dan memulkan suatu permulaan yang baharu. Bukan pengahiran itu bermakna selesai atau tamat, tetapi permulaan yang baharu untuk segala-galanya. Umpama juga kematian. Kematian itu bukanlah pengakhiran kehidupan tetapi suatu permulaan kehidupan yang baharu dan kekal selam-lamanya. Semoga permulaan kali ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Segala dugaan, rintangan ,cubaan dan halangan selama ini menghadirkan satu senyuman yang puas........ Inilah kehidupan. Alhamdulillah Ya Allah.
Tarikh Keramat 31 hb Mac 2015.
Ilmu Pakaian Pendekar dan Hulubalang Masa Dahulu Kala
PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam
Sabtu, 4 April 2015
Jumaat, 8 November 2013
Penganugerahan Selempang, Sijil DanTrofi Sempena Perhimpunan Silat Sekolah-Sekolah Negeri Perak 2013.
Penganugerahan Kepada Guru-guru Silat Yang Mengembangkan Silat Dalam Negeri Perak Oleh Pengarah JAbatan pelajaran Negeri Perak. Tarikh : 26 hb Oktober 2013. bertempat di Dewan Serbaguna Felcra Berhad, Seberang Perak.

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi, terima kasih kepada pihak yang sudi memberi pengiktirafan kepada saya sebagai Pejuang Silat . Walaupun ramai lagi guru-guru yang layak menerima anugerah tersebut, tetapi saya juga yang diberikan peluang ini. Semoga semua guru-guru yang bersama-sama menerima anugerah ini, teruskan usaha mengembangkan Seni Warisan ini . Bak kata pepatah ' Patah Sayap, Bertongkat Paruh'. Jangan kita leka dengan anugerah dan berpuashati dengan pencapaian yang sedia ada. Perjuangan belum selesai........
Ahad, 21 Julai 2013
Majlis Mandi Minyak Panas
Majlis mandi Minyak Panas Pada 29 hb Jun 2013.
Para pesilat sedang khusyuk membaca doa
Boleh lihat buih-buih minyak yang sedang menggelegak
Pewaris yang bertubuh kecil tetapi berjiwa besar
Ujian tetak dengan pedang
Ujian patahkan mata kikir 1 inci
Ini adalh Majlis Mandi minyak bagi Tahun Kedua diadakan di Pusat Latihan setelah diizinkan oleh Guru Tua. Majlis bermula pada pukul 10 pagi, para pesilat beramai-ramai bergotong royong memarut kelapa, memerah santan dan memasak minyak tersebut. Hanya pesilat yang lama sahaja dipilih dan diberi izin oleh Guru Tua untuk bersama-sama dalam majlis ini.
Tujuan mandi minyak ini adalh untuk menguatkan urat saraf dan memberi ketahanan kepada kulit, terutama kepada pesilat yang bermaian permainan senjata. Banyak manafaat dan kebaikkan darisegi kesihatan seperti badan terasa ringan dan segar selepas mandi minyak panas tersebut. Alhamdulillah semuanya selamat dengan izin Allah SWT. Amin.
Khamis, 18 Julai 2013
Majlis Penamat Silat Bagi Pelajar-pelajar Sekolah Pada 30 hb Jun 2013.
Taklimat dan penerangan ringkas sebelum ujian dilakukan.
Pesilat yang telah lulus menerima Sijil Penamat Peringkat masing-masing
Jamuan Ringan turut diisediakan kepada para pesilat
Sessi Kedua Ujian.
Alhamdulillah. Syukur kerana Majlis Penamat bagi pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan, Sekolah Kebangsaan Tambun dan Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya seramai 68 orang pesilat telah mengambil ujian. Semua berjalan lancar dan pada hari tersebut juga masing-masing telah menerima bengkung dan Sijil Penamat. Semoga anak-anak ini terus rajin belajar ilmu persilatan ini dan menjadi Pewaris Silat pada masa akan atang. InsyaAllah....
Rabu, 17 Julai 2013
Majlis Penamat Silat Pada 28 hb jun 2013.
Bergambar kenangan
Upacara menerima bengkung
Ujian Pecah Bata Atas Kepala
Ujian Pecah Bata Atas Dada
Ujian Pukul Dengan Belantan
Upacara Buka Gelanggang
Solat Isyak berjemaah sebelum bersiap untuk majlis Penamat.
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT. Majlis penamat pada 28hb Jun 2013 berjalan lanjar tanpa sebarang kecederaan dan kesulitan. Semua pesilat tersenyum puas setelah menjalani ujian. Sebenarnya ujian fizikal dan kebatinan ini adalh untuk menguji kekuatan mental pesilat.. Supaya dapat membina keyakinan diri yang tinggi.
Jumaat, 8 Mac 2013
Isnin, 18 Februari 2013
Majlis Tahlil dan Doa Selamat Di Rumah Guru Tua Tuan Guru Haji Wahab Bin Mutalib pada 17 hb Februari 2013
Kami anak-anak Gayong mendoakan semoga perjalanan menunaikan umrah dan ibadah umrah di Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin...
Terima kasih kepada Guru Tua dan keluarga yang sudi menjemput anak-anak gayong di bawah pimpinan Datuk Mahaguru Shamsudin ke majlis tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)




















