PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Jumaat, 8 November 2013

Penganugerahan Selempang, Sijil DanTrofi Sempena Perhimpunan Silat Sekolah-Sekolah Negeri Perak 2013.

 
 
 
Penganugerahan Kepada Guru-guru Silat Yang Mengembangkan Silat Dalam Negeri Perak Oleh Pengarah JAbatan pelajaran Negeri Perak.  Tarikh : 26 hb Oktober 2013. bertempat di Dewan Serbaguna Felcra Berhad, Seberang Perak.
 
 




 
 
 
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi, terima kasih kepada pihak yang sudi memberi pengiktirafan kepada saya sebagai Pejuang Silat . Walaupun ramai lagi guru-guru yang layak menerima anugerah tersebut, tetapi saya juga yang diberikan peluang ini. Semoga semua guru-guru yang bersama-sama menerima anugerah ini, teruskan usaha mengembangkan Seni Warisan  ini . Bak kata pepatah ' Patah Sayap, Bertongkat Paruh'. Jangan kita leka dengan anugerah dan berpuashati dengan pencapaian yang sedia ada. Perjuangan belum selesai........


Ahad, 21 Julai 2013

Majlis Mandi Minyak Panas

Majlis mandi Minyak Panas Pada 29 hb Jun 2013.
 
 
Para pesilat sedang khusyuk membaca doa
 
Boleh lihat buih-buih minyak yang sedang menggelegak

Pewaris yang bertubuh kecil tetapi berjiwa besar

Ujian tetak dengan pedang


Ujian patahkan mata kikir 1 inci
 
Ini adalh Majlis Mandi minyak bagi Tahun Kedua diadakan di Pusat Latihan setelah diizinkan oleh Guru Tua. Majlis bermula pada pukul 10 pagi, para pesilat beramai-ramai bergotong royong memarut kelapa, memerah santan dan memasak minyak tersebut. Hanya pesilat yang lama sahaja dipilih dan diberi izin oleh Guru Tua untuk bersama-sama dalam majlis ini.
 
Tujuan mandi minyak ini adalh untuk menguatkan urat saraf dan memberi ketahanan kepada kulit, terutama kepada pesilat yang bermaian permainan senjata. Banyak manafaat dan kebaikkan darisegi kesihatan seperti badan terasa ringan dan segar selepas mandi minyak panas tersebut. Alhamdulillah semuanya selamat dengan izin Allah SWT. Amin.

Khamis, 18 Julai 2013

 
Majlis Penamat Silat Bagi Pelajar-pelajar Sekolah Pada 30 hb Jun 2013.
 
 
Taklimat dan penerangan ringkas sebelum ujian dilakukan.

Pesilat yang telah lulus menerima Sijil Penamat Peringkat masing-masing

Jamuan Ringan turut diisediakan kepada para pesilat

Sessi Kedua Ujian.
 
 
Alhamdulillah. Syukur kerana Majlis Penamat bagi pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan, Sekolah Kebangsaan Tambun dan Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya seramai 68 orang pesilat telah mengambil ujian. Semua berjalan lancar dan pada hari tersebut juga masing-masing telah menerima bengkung dan Sijil Penamat. Semoga anak-anak ini terus rajin belajar ilmu persilatan ini dan menjadi Pewaris Silat pada masa akan atang. InsyaAllah....

Rabu, 17 Julai 2013

 
Majlis Penamat Silat Pada 28 hb jun 2013.
 
 
Bergambar kenangan

Upacara menerima bengkung

Ujian Pecah Bata Atas Kepala

Ujian Pecah Bata Atas Dada

Ujian Pukul Dengan Belantan

Upacara Buka Gelanggang

Solat Isyak berjemaah sebelum bersiap untuk majlis Penamat.
 
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT. Majlis penamat pada 28hb Jun 2013 berjalan lanjar tanpa sebarang kecederaan dan kesulitan. Semua pesilat tersenyum puas setelah menjalani ujian. Sebenarnya ujian fizikal dan kebatinan ini adalh untuk menguji kekuatan mental pesilat.. Supaya dapat membina keyakinan diri yang tinggi.

Jumaat, 8 Mac 2013

 
 
Foto Ibunda Utama Sri Gayung dalam Majalah Seni Beladiri keluaran Mac 2013.
- Sembah Tari Silat semasa Majlis Perhimpunan Dunia Seni Silat Melayu di Tasik Titiwangsa
 
 
Hidup  Ibunda......................................................
 
 

Isnin, 18 Februari 2013

Majlis Tahlil dan Doa Selamat Di Rumah Guru Tua Tuan Guru Haji Wahab Bin Mutalib pada 17 hb Februari 2013
 
 




 
Kami anak-anak Gayong  mendoakan semoga perjalanan menunaikan umrah dan ibadah umrah di Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah SWT.  Amin...
 
Terima kasih kepada Guru Tua dan keluarga yang sudi menjemput anak-anak gayong di bawah pimpinan Datuk Mahaguru Shamsudin ke majlis tersebut.

Sabtu, 9 Februari 2013

Majlis Pembukaan Gelanggang Baru Di Kampung Bahagia Sg. Manik, Teluk Intan Perak
Pada 02 hb Februari 2013.
 
 
 
Datuk Mahaguru sedang memberikan kata-kata semangat

membaca doa ke atas barang-barang untuk Mandi Tapak

Jurulatih Kanan Ferdaus Nordin dan Jurulatih Kanan Firdaus Mokhtar
sedang menyediakan air untuk Mandi Tapak

Memandikan Pembantu Jurulatih merangkap Ketua Gelanggang Sg Manik

Menjamu selera selepas penat bersilat

Bersama saudara Juhairi dan Wak, tuan tanah
 
Terima kasih kepada Saudara Juhairi yang banyak memberikan bantuan dan berusaha bersama-sama Jurulatih Firdaus Mokhtar dalam usaha membuka gelanggang baru ini. semoga di bawah pimpinan mereka gelanggang ini akan terus bertambah ahli.
 
Terima kasih juga kepada Wak yang bersusah payah membersihkan kawasan gelanggang tersebut setelah mendengar bahawa kami akan bergelanggang di situ. Terima kasih Wak...