PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Ahad, 8 Oktober 2017

Alhamdulillah. 3 orang pesilat memenangi Pingat Emas , Pingat Perak dan Pingat Gangsa semasa Kejohanan Silat Terbuka Remaja 2017 pada bulan Julai yang lalu. Setiap penyertaan tidak pernah mengecewakan walaupun hanya satu pingat. Malah pada kali ini seorang pesilat iaitu Ahmad Iskandar turut terpilih menyertai pemilihan ke Sukan Sea 2017. 





Khamis, 20 Julai 2017

                        Bismillahhirrohmanirrohim.

Alhamdulullah. Syukur pada Allah swt. Pada 08.07.2017 telah berlangsung kelas pengajian kitab Ta'lim. Ramai yang hadir dan ramai juga yang tidak dapat hadir atas sebab yang tertentu. Semoga setiap peserta mendapat munafaat daripada kelas tersebut. Semoga ilmu yang sedikit tapi diamalkan secara istiqomah akan membawa kebaikan. Kelas tersebut diadakan sekali pada tiap2 bulan. In shaa Allah.





Isnin, 17 April 2017

       PROGRAM QIAMULAIL DAN FARDHU AIN 2017

Alhamdulillah. Telah diadakan Program Qiamulail dan Fardhu Ain bagi tahun ini dengan jayanya. Semoga setiap ahli dapat menggunakan segala ilmu yang diajar untuk kejayaan dunia dan akhirat. 

Rabu, 12 April 2017

Assalammualaikum ..
Marilah beramai-ramai kita berguru belajar ilmu-ilmu lama yang diwarisi secara bernasab. Belajar secara berguru berkitab bernasab. Ilmu yang mengandungi ilmu dunia dan akhirat. Untuk diri sendiri , ahli keluarga dan masyarakat. Banyak kita beramal dan rajin kita beribadah banyak keberkatan dan munafaatnya, In shaa Allah. Ilmu untuk " pakaian" diri. Bukan untuk demo atau menunjuk-nunjuk. Bak kata orang tua-tua, jari menggenggam. Satu disimpan empat nampak. Kalau dibuka lima yang nampak. Kalau dibuka.. maut jawabnya.Buka hanya jika perlu. In shaa Allah. 








Rabu, 15 Mac 2017

Kenangan tahun 2014.
Menerima Ijazah Guru daripada Tua Silek Bapak Kandarini iaitu Guru Tua Silat Balam Minangkabau


Seorang Guru Tua yang banyak ' isi', sentiasa berhati-hati dalam gerak dan halus permainannya tapi keras penyampaiannya. Walaupun ketika itu usia beliau telah mencecah 89 Tahun. Alhamdulillah segala ilmu yang beliau sampaikan , telah sebahagiannya saya sampaikan pada murid yang ada. 
Marilah sama-sama kita Belajar, Berguru, Bersilat, Beramal dan Berubat. Tiada menggunakan kaedah ISIAN DAMPINGAN. Segalanya bersandarkan amalan ayat Al Quran dan Doa daripada Hadis. 


Rabu, 17 Februari 2016

Program Pertandingan Silat Asli dan Gendang di JKKN Perak pada 26 hb November 2015  Anjuran Kementerian Kebudaayan Negeri Perak dengan kerjasama daripada PESAKA Perak.
 






Antara sesi foto yang sempat dirakam antara Datok Mahaguru Shamsudin dan kenalan beliau semasa program tersebut.