PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Jumaat, 18 Januari 2013

Program Dunia Seni Silat Melayu Di Tasik Titiwangsa Pada 06 Januari 2013
(Laporan Siri 3)
 
Panglima Garuda Sakti
 
Dah kena...................
 
Panglima Rotan Sedepa
 
Panglima Berantai
 
Panglima Selengan
 
 
Terima kasih kepada semua pesilatyang bersungguh-sungguh memberikan kerjasama menjayakan demo tersebut. Yang sanggup bertolak dari Ipoh pukul 5.00 pagi dang membuat persembahan sampai ke petang. Terima kasih semua.................
 
Program Dunia seni Silat Melayu Di Tasik Titiwangsa Pada 06 Januari 2013
(Laporan Siri 2)
 
Ibunda Utama Seri Gayung
 
 
Santai je.......
 
Terima kasih  dan tahniah kepada Ibunda Utama Seri Gayung kerana bersemangat tinggi dan berani melangkah ke tengah gelanggang untuk bertari sembah.  Bukan calang-calang orang boleh, apatah lagi beliau telah mempunyai 4 orang cahaya mata. Tetapi masih bersemangat menolong mengajar di dalam gelanggang latihan, menguruskan pertubuhan dan kelab. Alangkah molek jika ramai lagi wanita seperti beliau...... laksana Tun Fatimah
 
Program Dunia Seni Silat Melayu Di Tasik Titiwangsa Pada 06 hb Januari 2013
( Laporan Siri 1)
 
Hormat Perguruan
 
Pendekar Cilik
 
Panglima Ebie
 
Ambik kau.....
 
Dahsyat Syafiq dan Iskandar
 
Dengan adanya program macam ni, para pesilat daripada pelbagai persatuan dan perguruan dapat menambahkan jalinan silaturrahim.... bukan nak tunjuk hebat.
 
Sahabat
 
 
Bersama DSP Tuan Razak dari KOMANDO 69 Ulu Kinta, Ipoh. Seorang yang merendah diri. Penampilan dan percakapan sangat merendah diri. Inilah yang dinamakan GURU... bukannya seperti sesetengah guru 'masuk bakul angkat sendiri'.




Ahad, 9 Disember 2012

 
Program Perhimpunan Busana dan Pendekar Melayu Bertempat Di Melaka.
(25 hb November 2012)
 
" Agama Di Utamakan, Budaya Bangsa Di Dahulukan"
 
Wakil Pertubuhan : Jurulatih Kanan Saudara Ebbie
 
 
 
Hebat-hebat 'sokmo'. Macam pendekar Zaman Melayu Melaka.




 
Ni yang best. Pameran senjata Melayu.

 
Macam Hang Tuah daaa.....
 
Tahniah kepada Jurulatih Kanan Saudara Ebbie. Berkorban masa dan tenaga mengikuti program-program yang berfaedah. Memperkenalkan budaya dan kehebatan Bangsa Melayu. Tidak perlu mencari, mencedok dan meminjam budaya asing yang hancur dan 'caca-marba'.  Alangkah bagusnya jika ramai lagi remaja masa kini yang terlibat dalam aktiviti sebegini.

Khamis, 6 Disember 2012

 
 
Malam Pendekar Di UKM
 
 

Kelihatan Jurulatih Kanan Saudara Ebbie dan para pesilat serta Guru-guru Tua yang hadir di Malam Pendekar di UKM.  Masing-masing segak dan bergaya berpakaian tradisional Melayu.
 
Sayang seribu kali sayang kerana ramai ahli dari Pertubuhan Seni Silat Pencak Gayong Kifalah Malaysia tidak dapat turut serta kerana masing-masing ada program di Ipoh. Tahniah kepada Saudara Ebbie yang dapat mewakili pertubuhan.
 
Semoga semangat silaturrahim tuan-tuan sekalin berpanjang bergerak bersama-sama menonjolkan kepada umum mengenai Dunia Melayu  ( ilmu, adat, kehidupan dan busana)

Isnin, 1 Oktober 2012




 
Majlis Pembukaan Gelanggang Baru Di Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor Pada 28 hb September 2012 Jam 9.00 Malam.
Pembukaan Gelanggang Baru ini adalah di atas usaha gigih Jurulatih Ebbie  dan beberapa Guru Tua daripada Kumpulan Dunia Seni Silat Melayu.
 
Datok Mahaguru sedang memberikan  kata2 peransang kepada ahli yang akan membuat persembahan.
 
Acara doa membuka gelanggang baru. Dengan harapan semoga tidak ada musibah dan mendapat kemudahan daripada Allah Taala.
 
 
 
 
Pak Mat Kampar sedang bertari sembah gelanggang. Memang terbaik....

Pak Usop dari Pahang antara Guru  Tua yang sudi mempersempahkan tari gelanggang.

Tari dari seorang guru yang memukau para hadirin.

Gerak tari yang kemas dan padat dari seorang guru silat

Orang kuat yang membantu Saudara Ebbie bagi menjayakan majlis ini dan turut sudi bertari sembah Buah Pukul Mersing..

Anak-anak gayung Kifalah sedang  bersiap sedia menerima arahan daripada Datuk Mahaguru

Saudara Shaharudin Esa yang sedang rancak berborak dan berbincang mengenai program Dunia Seni Silat Melayu

Datuk Mahaguru sedang berbincang dan bertukar pendapat dengan Guru2 Tua daripada pelbagai aliran

Gambar Kenangan.




Ibunda Utama Seri Gayung dan Sri Kandi Utama



 

Pewaris dan ibunda
 
Pesilat cilik
 
 
Sebahagian daripada hadirin yang berada di tepi gelanggang sedang menjamu selera selepas majlis selesai.
Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala Gayong Kifalah telah bertapak di Rawang. Semoga banyak lagi gelanggang baru yang akan dibuka. Kepada semua Gurulatih dan Jurulatih teruskan usaha mengembangkan aliran persilatan ini. Semoga kita dapat menyelatkan anak bangsa kita daripada anasir 'kuning' dan budaya songsang masa kini. Tidak ada yang lebih menggembirakan  selain daripada melihat anak2 muda bersilat di tengah gelanggang. Kepada Ayahanda Megat dari Persilatan Harimau Minangkabau, terima kasih di atas usaha tuan kerana membawa kami bergelanggang di situ. terlalu besar pertolongan dan kerjasama yang pihak tuan2 berikan. Terima kasih banyak. Semoga kita berjumpa lagi di sana. InsyaAllah...