PENCAK GAYONG KIFALAH adalah gerak Zahir dan Batin berlandaskan syarak Islam

Jumaat, 2 Mac 2012

Nasib Baik La Belajar Silat, Dapat Menolong Yang Memerlukan Bantuan

       Belajar Silat bukan semestinya nak jadi hebat, mencabar orang, pukul orang, jadi samseng/gengster, tapi sebagai ilmu mempertahankan diri. Samada pertahanan diri sendiri atau orang lain yang memerlukan bantuan.

        Ramai yang salah anggap, kononnya orang yang belajar silat ni kaki gaduh dan samseng. Sebenarnya kalau seseorang tu betul2 mendalami ilmu persilatan mustahil dia akan mempunyai sifat negatif tersebut, kecuali sememangnya dari awal dia belajar silat nak jadi kaki pukul. Sepatutnya guru yang menerima pelajar seperti ini telah dapat membaca niat individu tersebut dari awal lagi dan berhati2 menurunkan ilmu persilatan kepada orang yang macam ini.

      Dan satu lagi, ada juga guru2 silat yang saja suruh anak murid dia 'test' orang, kononnya nak tahu setakat mana ilmu yang telah dipelajari. Inilah masalah......    sebab saya sendiri pun dah kena. Ada yang datang 'test'.... semoga Allah bagi petunjuk kepada mereka... Ihdinas 'sirotol mustaqim....

 

Ahad, 12 Februari 2012

Sumpah Pendekar

Ini adalah hanya satu klip vidoe untuk renungan  kepada kita semua, walaupun ianya adalah babak2 cerita yang dilakonkan, namun setiap bait-bait kata skrip ini cukup bermakna dan mendalam bagi mereka2 yang mahu berfikir.   Sessungguhnya 'orang2 dahulu cukup kuat berpegang kepada adat dan adap, serta taat dalam mengerrjakan Ibadah Tuntutan Islam. Tidak seperti kita hari ini yang leka dengan kehidupan dunia, mencari harta dan kedudukan. Marilah berehat sebentar sambil menyaksikan klip video ini, selamat..........................


Adakah rasa mengantuk anda hilang, bulu roma meremang, dada berasa panas. Jika tidak maka anda belum mendapat mesej daripada skrip dalam klip video ini...... wallahhu 'alam....

Jumaat, 30 Disember 2011

Kem Jati Diri Siri 2011 ( Ulu Chepor, Ipoh) 23 & 24.12.2011

Sampai Ulu Chepor jam 4.50 petang...

Peserta Kem Jati Diri Siri 2011 kali ini seramai 16 orang .

Semuanya bersemangat, ada yang tak pernah menyertai aktiviti perkhemahan..

Macam2 cerita berlaku.....


Apa koang buat tu.. tak dapat nak dijelaskan di sini...




Tok guru tengah dok menyalakan api nak memanggang ayam 


Ramainya ' Tukang Tengok'...


Ni burung hantu k burung pungguk, k bulan....


Eeeee.... geli... pacat... tulun


Bihun 'time'


Pulun Faizal pulun


Jangan Pandang Belakang...


Catuan makanan,  tolong agih2kan kepada para Pendekar yang lapar


Sapa nak balik angkat tangan


Atirah nak balik,...


Dalam takut2 tu bole 'posing' la pulak


Bagus Khairul, dia ni memang tekun dalam semua hal


Berdoa la kamu semua sebelum..........


Baris2...


Jom kita jelajah hutan malam2.. ( Nigth Safari) . Tapi kena tutup mata


Akhirnya.. Setelah puas 'bertapa sorang2 dalam hutan yg gelap gelita semua selamat turun, kecuali Syair dan Faizal.....  Ada cerita yang tak boleh nak  diceritakan di sini


Ayah.. Ibu.. Lihatlah bukti hasil menjelajah hutan tutup mata.. Mencabar....


Alhamdulillah, semuanya selamat pergi dan balik. Masing2 peserta mendapat pelajaran dan pengajaran untuk diri sendiri. Ada yang telah insaf dengan kelakuan sebelum ini, dah boleh nampak perubahan positif pada diri peserta.. Betul la kata orang tua2, bila kita bersatu dengan alam, banyak ilmu yang kita dapat......

Tahniah kepada Jurulatih Fadil selaku Pengarah Program kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan program tersebut dengan dibantu oleh beberapa jurulatih yang lain.

Tahun depan, program yang lebih mencabar telah dirancangkan. Tunggu mesyuarat dan peruntukkan sahaja. InsyaAllah....

Khamis, 29 Disember 2011

Majlis Pra-Penamat Tahunan 2011 Di Pusat Latihan Gayong Kifalah, Tambun


Bertarikh 04.12.2011 telah diadakan Majlis Pra- Penamat Di Pusat Latihan Gayong Kifalah, Tambun dar jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. 

Ujian tersebut terbahagi kepada dua kategori wajib, iaitu Ujian Teori (Fardhu Ain) dan Ujian Fizikal ( silibus silat)

Alhamdulillah... ramai yang dapat keputusan Cemerlang... dan ramai jugak yang hanya Lulus je. Janji tak de yang gagal... Syabas


Majlis dimulai dengan Bacaan Doa Buka Gelanggang


Khusyuk tu...









Ujian Fizikal... Silibus Silat











Ni Ujian Teori pulak..


Jawab je... jangan biar kosong

Apa pun.. Tahniah kepada semua pesilat

Kursus Mengurut Siri Kedua ( 03.12.2011)

Kursus Siri Pertama dah buat bulan Oktober hari tu.  Belajar Asas urutan Kaki. Lepas je belajar, maka ramai2 buka gerai kat pasar malam, nak'test' ilmu mengurut masing2. Bagus, teruskan usaha kalian.

Kali ini pada 03.12.2011 , hasil daripada desakan dan permintaan ramai ahli, maka diadakan Siri Kedua  ( Asas Urutan Tangan dan Seluruh Kaki).



Ahli silat lama dan baru masing2 tengah tunjuk bakat... sambil mengurut baca nota, bagus...

Jangan salah faham, ni Ida tengah mengurut abang kandungnya, Firdaus.


Fadil tengah baca jampi mengurut le tu...


ok.. kita jumpa lagi pada masa yang akan datang dalam Siri Ketiga.. Tungguuuuuuu..

Rabu, 9 November 2011

Majlis Qurban Dan Akikah Di Masjid Putih Mahani, Taman Perpaduan, Ipoh (2011)


Pengerusi Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli silat kerana sudi turun padang membantu kariah terutama warga tua (orang lama) membuat kerja-kerja menyembelih, melapah dan memasak.


semoga ramai lagi anak2 anak muda yang dapat menyertai aktiviti masyarakat seperti ini pada masa akan datang



buat apa lagi tu Fakar ? Orang semua dah nak makan dah....


Alhamdulillah , semua dah selamat.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011

Dah lama gambar ni dalam kamera, tak de masa nak up load ke blog. Sibuk siang malam nak cari rezeki halal. Ni baru ada masa sebab cuti jaga isteri dgn 2 org anak demam 'cantik'.

Alhamdulillah..... Walaupun perancangan nak mengadakan jamuan Aidilfitri tu pendek , hanya 4 hari sebelum diadakan. Namun dengan kerjasama daripada semua ahli, terlaksana juga.




Ni keluarga Ferdaus dgn Sri Kandi Khashidah. Dah makan k belum ?




Ni pulak 'group' Tuan Kamarudin, OCS Tanjung Rambutan. Terima kasih laTuan kerana sudi meluangkan masa bawa anak2 buah mai makan.

Tuan Razak Tuan Wan 'bos' Komando 69 tak dapat datang sebab operasi la pulak. Tak pe lain kali ada lagi.



Terima kasih kepada kengkawan daripada Parlimen Tambun yang turut sudi menghadirkan diri.




Para ibu bapa pesilat tgh sibuk menjamu selera, teruskan ..............




'Pendekar Cilik Hakim' orang lain sibuk nak makan , dia nak silat la pulak.




Terima kasih kepada Ustaz Khir  (Imam Masjid Putih Mahani ) kerana sudi bawa geng masjid mai makan.


Kepada semua jemputan dan hadirin, sekali lagi ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita menjamu selera dan beramah mesra.

Kepada para  'sponsor2' , terima kasih banyak kerana sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Kerana usaha tuan2/ puan2 maka silaturrahim antara kita menjadi erat.